
Ada betulnya. Tapi ada juga bahagian yang orang selalu skip sebut. Kos guaman, renovasi, risiko kecacatan, deposit yang boleh hangus — semua tu kira masuk tak dalam pengiraan korang? Kita tengok nombor sebenar malam tu.
Kalau memang mesti naik, kenapa ada kawasan di PJ yang nilai hartanahnya masih tak lepas paras 2014? Kita bincang dari mana datang angka-angka tu, dan kenapa kita kena berhati-hati guna data lama untuk buat keputusan hari ni.
Boleh — tapi kena faham betul-betul apa yang dimaksudkan. Sebab tiada down payment tak bermakna tiada duit keluar. Ada angka yang ramai tak sedar sampai dah terlambat. Kita buka semua malam tu.
Angka tu gross atau net? Sebab dua-dua tu benda berbeza. Kita breakdown elok-elok — termasuk kenapa unjuran Airbnb penuh bukan cara yang adil untuk ukur yield sebuah property.
Cashout adalah instrumen yang ada tempat dan caranya. Tapi kalau tak faham cara guna — ia boleh jadi benda yang mengejar anda bertahun-tahun. Kita cerita kenapa ramai yang tersalah faham konsep ni.

Faizul Ridzuan

Iherng

William

Zakri

Albee

Tak. Tiada upsell, tiada kursus, tiada "tawaran eksklusif selepas webinar." Kami buat ni sebab ada yang kena cakap benda ni kuat-kuat. Bawa skeptikal anda — kami memang tunggu.
Lagilah kena join. Kami akan bincang cara untuk kawalan kerosakan, pilihan keluar, dan macam mana nak berhenti daripada terus rugi. Lebih baik tahu sekarang daripada tahu nanti — masa dah tersepit.
Agenda kami senang — kami nak bina komuniti pelabur yang faham permainan sebenar. Kami buat duit dari urusan hartanah, bukan dari jual harapan. Kalau anda bijak lepas ni, semua orang untung.