Ramai orang guna kad kredit sebab “nak selamatkan diri kejap” – gaji lambat masuk, duit tak cukup hujung bulan, emergency tiba-tiba. Tapi benda ni yang nampak ‘tolong’ kita sekejap tu, boleh jadi beban besar kalau tak jaga. Kalau you pun tengah rasa sesak, tak tenang dan terperangkap dengan bayaran minimum yang tak pernah habis, don’t […]
Ramai orang guna kad kredit sebab “nak selamatkan diri kejap” – gaji lambat masuk, duit tak cukup hujung bulan, emergency tiba-tiba. Tapi benda ni yang nampak ‘tolong’ kita sekejap tu, boleh jadi beban besar kalau tak jaga.
Kalau you pun tengah rasa sesak, tak tenang dan terperangkap dengan bayaran minimum yang tak pernah habis, don’t worry, you bukan seorang. Memang berjuta rakyat Malaysia yang alami benda yang sama.
So, in this article, we will share:
Matlamat kami adalah nak educate you supaya you miliki ilmu yang tepat dan jadi bijak dalam kewangan tak kira di fasa apa pun yang you berada sekarang. Dan cerita pasal kad kredit ni – credit card is not your enemy. It’s just a tool.
Kalau you tak ubah cara you guna kad kredit bermula dari saat ini, you will be stuck paying the interest sampai 3, 5, 7 tahun lagi. Gaji you habis bayar komitmen je sebab hutang you yang tak disusun. Kadang, bukan susah nak bebas hutang… cuma tak pernah diajar cara exit dari hutang jahat.
Maka, if you dah penat hidup dalam keadaan stress dengan hutang kad kredit, teruskan baca sampai habis. Ini mungkin merupakan artikel paling penting yang you baca tahun ni. Let’s go.
Ha, kalau you nak tahu, rakyat Malaysia sekarang tengah tanggung hutang isi rumah lebih RM1.5 trilion. Dan daripada jumlah tu, RM3.7 billion datang dari hutang kad kredit je!
Lagi menakutkan – ramai dari golongan muda yang baru kerja pun dah terjerat. Bayangkan, 53,000 orang bawah umur 30 tahun dah ada hutang kad kredit terkumpul hampir RM2 bilion. Fuh. Baru nak start hidup, tapi dah kena tarik brek.
The thing is why credit cards become a cause of financial problems?
Kad kredit ni ibarat pisau – kalau tahu guna, memang berguna. Tapi kalau main swipe je ikut suka, memang parah. Sikit-sikit berhutang, tup-tup sampai dah membukit hutang.
Ramai orang jadi mangsa dalam perangkap hutang kad kredit sebab:
Yang buat kad kredit ni jadi bahaya sangat – faedah dia dikira setiap hari atas baki hutang. Kalau you asyik bayar minimum dan biar je, interest tu akan terus naik. Faedah kad kredit boleh sampai 18% setahun – dan tu belum masuk caj-caj lain lagi. Sudahnya, sampai bila gaji cepat habis sebab nak bayar hutang je?
Ha, sebabnya makin lama you berhutang, makin banyak faedah yang bank dapat kutip daripada you. Sebab tu lah orang yang ada hutang kad kredit ni sebenarnya jadi lubuk duit untuk bank – selagi hutang tak habis, selagi tu bank kaut faedah.
Bank tak perlu buat apa pun – you bayar minimum je tiap bulan, dan bank goyang kaki tengok interest bertambah. Best kan… untuk bank.
Ramai orang ingat bayar minimum tiap bulan sebab nak “main selamat”. Tapi sebenarnya, you cuma bayar sikit je dari hutang asal. Baki selebihnya still jalan, dan faedah tetap naik.
Lama-lama, hutang tu tak surut pun… Makin membuak ada lah. Kalau dibiarkan, boleh jadi bertahun nak habis – silap hari bulan, boleh sampai tahap bankrap. Seram kan?
Ada beberapa strategi yang you boleh guna. Kami nak share 2 strategi yang you pun boleh buat sendiri. Tinggal commit je.
Debt Consolidation
Debt consolidation adalah teknik gabungkan semua hutang sedia ada (contohnya, hutang kad kredit, personal loan, hutang kereta) ke dalam SATU hutang baru yang ada kadar faedah lebih rendah dan bayaran bulanan lebih terkawal.
Senang cerita, daripada bayar banyak hutang dengan interest tinggi, you gabungkan jadi satu supaya lebih senang urus dan tak membebankan!
Siapa yang patut guna debt consolidation?
🔹 Orang yang ada banyak hutang kad kredit dengan interest tinggi
🔹 Dah penat bayar minimum payment tapi hutang tak habis-habis
🔹 Gaji cukup-cukup makan sebab banyak komitmen hutang
🔹 Nak lunaskan hutang lebih cepat tanpa rasa terbeban
Balance Transfer
Ni antara teknik yang ramai tak tahu. Balance Transfer ialah teknik pindahkan baki hutang kad kredit dari satu bank ke bank lain yang menawarkan faedah 0% untuk tempoh tertentu.
Tujuan utama?
✔️ Kurangkan faedah tinggi – Dari 18% turun ke 0%!
✔️ Bantu bayar hutang lebih cepat – Tak perlu bayar bunga, hanya bayar pokok!
✔️ Dapat lebih masa untuk stabilkan kewangan – Fokus habiskan hutang tanpa tekanan interest tinggi.
Contohnya, ada bank offer 6–12 bulan tanpa faedah. Dalam tempoh tu, kalau anda disiplin bayar konsisten, boleh habis bayar tanpa interest langsung! Dengan strategi yang betul, for real you boleh jimat ribuan ringgit.
Hutang kad kredit ni memang boleh buat you rasa sesak nafas – tapi kalau you tahu strategi dan plan betul, tak mustahil nak bebas dalam masa 6–12 bulan.
Ingat, jangan biar hutang control hidup you. Gunakan maklumat ni untuk take charge of your financial situation. Yes, you can break free from credit card debt.
Jadi, khas untuk PEKERJA SWASTA saja, nak strategi yang lebih lengkap untuk situasi you selesaikan hutang kad kredit?
Kami ada hasilkan ebook Strategi Bebas Hutang Kad Kredit Dalam 6-12 Bulan. Klik di sini untuk DOWNLOAD.