This Terms of Service is updated as of 21th of March 2025.
Terma-Terma Perkhidmatan ini dikemaskini pada 21 hb Mac 2025.
The particulars of the customer purchasing the Company’s package are as follows:-
Butiran-butiran pelanggan yang telah membeli Pakej Syarikat adalah seperti yang dinyatakan berikut: -
Full name (as per NRIC/Passport):
Nama penuh (seperti dalam Kad Pengenalan/Pasport):
NRIC/Passport No.:
No Kad Pengenalan/Pasport:
The particulars of the package are as follows:-
Butiran-butiran pakej adalah seperti berikut:-
Package Price – RM1,499.00
Package Includes:-
One (1) Session Financial Screening*
One (1) Session 1-to-1 Consultation*
Property Deals (Limited Selection only)
Harga Pakej – RM1,499.00
Pakej Termasuk:-
Satu (1) sesi Penilaian Kewangan*
Satu (1) Sesi Perundingan 1-to-1 *
Tawaran Hartanah (Pemilihan Terhad sahaja)
* Additional Terms of Service in respect of these services are as described at the First Schedule.
* Terma-Terma Perkhidmatan khusus bagi perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah dilampirkan Jadual Pertama
In event of default or breach of any of the terms by you under this Terms of Service, the Company shall forthwith terminate this Terms of Service and all services provided to you.
Sekiranya berlaku keingkaran atau pelanggaran mana-mana terma oleh anda di bawah Terma-Terma Perkhidmatan ini, Syarikat akan menamatkan Terma-Terma Perkhidmatan ini secara serta-merta termasuk semua perkhidmatan yang diberikan kepada anda.
The payment above shall not include any surcharges, administrative fee, booking fees, legal fees, stamp duty or any other charges which you may encounter during the course of your investment.
Jumlah bayaran di atas tidak termasuk sebarang surcaj, yuran pentadbiran, yuran tempahan, yuran guaman, duti setem atau sebarang caj lain yang mungkin anda hadapi semasa pelaburan anda.
You shall not be entitled to select or change an alternative package (upgrade or downgrade) upon your selection of a package herein. Notwithstanding, the Company retains the discretion to allow any customer to upgrade or downgrade any selected package on a case-to case basis.
Anda tidak berhak untuk memilih atau mengubah pakej anda (naik taraf atau turun taraf) selepas pemilihan pakej di sini. Namun, Syarikat merizabkan hak untuk membenarkan mana-mana pelanggan untuk menaiktaraf atau menurun taraf mana-mana pakej yang telah dipilih atas dasar kes-demi-kes.
All fees payable above are inclusive of 8% Sales & Services Tax (“SST”) or any other tax structure implemented by the Malaysian government at the given time.
Semua fi yang perlu dibayar di atas adalah termasuk 8% Cukai Jualan & Perkhidmatan ("SST") atau mana-mana struktur cukai lain yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia pada masa tersebut.
In Company’s spirit of improving your financial wellbeing at no financial risk on your part in circumstances that are not possible to overcome in your best effort, the Company offers a full refund policy should the package be materially different from those advertised during your purchase or where the Company fails to schedule a consultation session with you.
Bagi meningkatkan kemampuan kewangan anda tanpa risiko kewangan terhadap pihak anda, Syarikat menawarkan polisi bayaran balik penuh sekiranya pakej adalah berbeza secara matan dengan pengiklanannya semasa anda pembelian anda atau di mana Syarikat gagal untuk menjadualkan sesi perundingan .
For avoidance of doubt, you shall not be entitled to a full refund in the event where one (1) year has lapsed since you subscribed to our service or where you fail, refuse, neglect to and/or indolently not utilise the Company’s services provided to you which shall include but not limited to, non-usage of the Company’s services, and non-commitment to work towards property purchase despite being provided action items during the first consultation session (if any).
Bagi mengelakkan keraguan, anda tidak berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya sekiranya anda telah melanggan perkhidmatan kami lebih daripada satu (1) tahun atau di mana anda gagal, enggan, cuai untuk dan/atau atas sebab kemalasan tidak menggunakan perkhidmatan Syarikat yang disediakan kepada anda yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, tidak menggunakan perkhidmatan kami, dan tidak komited untuk berusaha untuk membeli hartanah meskipun dibekalkan dengan instrumen-instrumen tindakan sewaktu sesi perundingan pertama (sekiranya ada).
In event of a refund, the nett sum refundable shall exclude the 8% SST paid or any other tax structure implemented by the Malaysian government at any given time.
Sekiranya berlaku bayaran balik, jumlah yang boleh dikembalikan adalah tidak termasuk SST 8% atau mana-mana struktur cukai lain yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada bila-bila masa.
If any part of this Terms of Service is declared invalid or void, the remaining parts of this Terms of Service shall be valid and enforceable.
Sekiranya mana-mana bahagian Terma-Terma Perkhidmatan ini diisytiharkan sebagai tidak sah atau adalah tidak sah, bahagian Terma-Terma Perkhidmatan ini yang selebihnya adalah masih sah dan boleh dikuatkuasakan.
You may not assign any of your rights and/or obligations hereunder without the prior written consent of the Company.
Anda tidak boleh menyerahkan mana-mana hakmilik dan/atau kewajipan anda di bawah ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat.
You hereby agree and acknowledge that you have fully read and understood this Terms of Service and that you shall be bound by the provisions herein.
Anda dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya Terma-Terma Perkhidmatan ini dan bahawa anda akan terikat dengan peruntukan di sini.
(to be read and construed as an essential part of the Agreement)
(Untuk dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting Perjanjian)
The Company shall conduct financial screening upon you and your nominated investment partners (if any) based on the information and supporting documents provided.
Syarikat akan menjalankan penilaian kewangan ke atas anda dan rakan-rakan pelaburan yang anda calonkan (sekiranya ada) berdasarkan maklumat dan dokumen sokongan yang diberikan.
You shall receive the financial screening result which shall include your estimated loan eligibility and debt-to-service ratio (DSR).
Anda akan menerima hasil penilaian kewangan yang termasuk anggaran kelayakan pinjaman dan nisbah hutang kepada perkhidmatan (DSR) anda.
Should you fail to furnish any information or supporting documents to the Company within twenty-one (21) days upon execution of this Terms of Service, you hereby grant the Company the unconditional right to conduct the financial screening based on credit information obtained from authorised public credit database (including but not limited to CTOS).
Sekiranya anda gagal memberikan sebarang maklumat atau dokumen-dokumen sokongan kepada Syarikat dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas Terma-Terma Perkhidmatan ini, anda dengan ini memberikan Syarikat hak tanpa syarat untuk menjalankan penilaian kewangan berdasarkan maklumat kredit yang diperoleh daripada pangkalan data kredit awam yang dibenarkan (termasuk tetapi tidak terhad kepada CTOS).
The Company’s obligations under this scope shall be deemed completed upon you being given your first financial screening result(s).
Kewajipan-Kewajipan Syarikat di bawah skop ini akan dianggap ditunaikan apabila anda diberikan keputusan(-keputusan) penilaian kewangan pertama anda.
The Company may require you and your nominated investment partners (if any) to conduct subsequent financial screenings (additional fees shall apply) at any given time before rendering you any further advice on your investment considerations.
Anda dan rakan-rakan pelaburan yang anda calonkan (sekiranya ada) mungkin dikehendaki oleh pihak Syarikat untuk menjalankan pemeriksaan kewangan berikutnya (tertakluk kepada fi tambahan) pada bila-bila masa sebelum memberi anda sebarang nasihat lanjut mengenai pertimbangan pelaburan anda.
You shall be given access to the Company’s 1-to-1 Consultation sessions with the Company’s dedicated Success Manager, consisting of selected employees only on a one-off basis.
Anda akan diberi akses terhadap sesi-sesi Perundingan 1-to-1 dengan Success Manager Syarikat, yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan Syarikat yang terpilih sahaja untuk sekali sahaja.
The Company shall not be held liable under this obligation in the event where you fail to schedule a 1-to-1 Consultation session with the Company’s Success Manager.
Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemungkiran kewajipan sekiranya anda gagal untuk menjadualkan sesi Perundingan 1-to-1 dengan Success Manager Syarikat.