Ini panduan untuk yang masih keliru sama ada nak beli rumah atau terus menyewa.
Panduan lengkap untuk pembeli rumah pertama
NAK SEWA RUMAH ATAU
NAK BELI RUMAH?
Penat bayar sewa rumah dan lihat duit yang kita susah payah kerja tu lesap?
Masih tak pasti bila waktu yang sesuai untuk beli rumah?

Anda tak keseorangan. Ramai pembeli rumah pertama hadapi dilema yang sama.

Hari ini, kami akan kongsikan panduan lengkap bagi persoalan bila nak beli atau bila nak sewa, serta strategi untuk pastikan duit anda tak lebur begitu saja.

Jom lihat satu per satu.

SepertiDilihatDalam

Menjawab persoalan utama kita:
Bila patut anda beli, dan bila patut anda sewa?
Beli
Bila sewa bulanan anda melebihi 50% daripada ansuran bulanan rumah tersebut, adalah lebih baik jika anda beli
Sewa
Bila sewa bulanan anda 50% kurang daripada ansuran bulanan rumah tersebut, adalah lebih baik jika anda sewa
Anda boleh buat keputusan berdasarkan jumlah yang anda keluarkan untuk bayar sewa. Jika lebih dari 50% dari ansuran, anda sebenarnya terlepas peluang untuk miliki rumah sendiri dengan pendapatan anda.
Carta ini melihatkan jumlah ansuran bulanan berdasarkan harga rumah.
Dengan setiap tambahan harga RM100,000, bayaran ansuran meningkat lebih kurang RM500.
Sekarang jom lihat berapa kos sebenar yang anda perlukan untuk beli rumah
Sekarang Dah Sedar Yang Anda Sebenarnya Mampu Beli?
Ini adalah anggaran kos untuk anda beli rumah
Anda perlukan sekurang-kurangnya RM70,000 simpanan untuk beli satu rumah subsale atau lelong!
TAPI... TUNGGU DULU!
Jangan lari dulu, sebab ada je cara untuk anda beli rumah tanpa perlu simpanan banyak.

Cuba tengok harga rumah yang kami ada hari ini - kerana ini kelebihan harga yang anda takkan dapat di tempat lain.
Dengan unfair advantage, anda boleh beli rumah tanpa guna sebarang modal.
Ini apa yang anda akan dapat bila anda ada 'Unfair Advantage'
Jika anda sedang berkira-kira nak beli rumah, pastikan anda ada kelebihan ini supaya anda tak perlu nak keluarkan duit simpanan anda untuk bayar deposit.
"Takutlah nak buat komitmen besar macam ni. Macam mana kalau salah beli rumah, lepas tu habis hangus duit saya."
Kami faham kerisauan anda - nak buat komitmen jangka masa panjang macam beli rumah ni memang tak mudah.

Mohon teruskan membaca supaya anda boleh tahu macam mana nak beli rumah tanpa 'hilang' duit.
Beli rumah ni besar risikonya!
Macam Mana Nak Pastikan Anda Tak Hilang Duit Bila Beli Rumah
Boleh Duduk
Rumah selesa dan selari dengan keperluan anda, termasuk kerja, keluarga dan aktiviti sosial
Boleh Sewa
Transaksi sewaan untuk rumah yang anda beli boleh tampung setidaknya 70% dari ansuran bulanan
Boleh Jual
Pastikan anda beli rumah pada harga terendah dan anda tak bayar lebih dari sepatutnya
Penting untuk anda beli rumah yang menepati 3 kriteria ini.

Ini membolehkan anda rangka pelan dan melupuskan kerisauan untuk buat komitmen jangka masa panjang.
Ini hasil yang akan anda dapat bila dengan panduan kami
Perkenalkan klien kami, Ismail Rasib
Ismail Rasib beli rumah 4 bilik dari kami dan buat keputusan untuk sewakan 3 bilik kepada orang luar.

Kini, bayaran ansuran rumah beliau dibayar oleh penyewa, dan yang paling best - beliau dapat jana untung sewa RM300 tiap bulan & masih duduk secara percuma!
Itu saja!
Kami dah kongsikan dengan anda panduan lengkap bila anda patut beli vs sewa, berapa kos yang diperlukan untuk beli rumah, dan macam mana nak beli rumah yang tak akan rugi.

Ini rumusannya:

Sewa vs Beli: 50% Rule

Beli rumah bila sewa bulanan anda dapat tampung lebih 50% daripada bayaran ansuran rumah tersebut.

Fahami kos beli rumah

Pastikan anda ada simpanan cukup untuk beli rumah dan ada 'Unfair Advantage' yang membolehkan anda beli rumah tanpa modal.

Beli rumah yang tepati 3 kriteria

Sebelum beli, pastikan rumah yang nak dibeli ada 3 kriteria - boleh duduk, boleh sewa dan boleh jual.
Tunggu dulu... ada lagi ni.
Kita ada bagi bonus lagi untuk anda...
Bonus!
Apa kata kami tolong anda cari dan beli rumah yang tak perlu modal?
Dah 2024 ni, takkan nak di takuk sama lagi? Jom jadi pemilik rumah bijak macam Ismail.
Isi borang ini dan kongsikan di mana anda menyewa, dan kami akan beri ebook percuma untuk anda belajar lebih banyak tips yang akan bantu anda jumpa dan beli rumah tanpa modal.
Kenapa nak buat orang lain kaya sedangkan anda sendiri boleh beli rumah tanpa modal? Ayuh, bertindak sekarang.